DAGING MASAK DINDING
Daging Masak Dinding DAGING MASAK DINDING Daging Masak Dinding BAHAN 500g daging pejal dihiris 1cm tebal 2 camca besar kicap pekat 1/2 cawan minyak masak BAHAN A 3cm kulit kayu manis 3 kelopak bunga lawang 3 biji buah pelaga BAHAN B 300g bawang merah 5 ulas bawang putih 3cm halia 4 camca besar biji ketumbar 1 paket tumisan rendang BAHAN C 500ml air 2 camca besar air asam jawa cair (secukup rasa) 3 camca besar kicap pekat 1 ketul kiub pati ayam 2 camca besar gula (secukup rasa) PENYEDIAAN 1. Perap daging dengan kicap pekat selama 1/2 jam. 2. Kemudian goreng daging dalam minyak panas hingga masak; tuskan. 3. Titik sedikit daging semasa masih panas; ketepikan. 4. Kisar bahan B. 5. Panaskan semula minyak dan tumis bahan A dan B hingga wangi. 6. Masukkan bahan C dan daging. 7. Masak di atas api yang perlahan hingga daging lembut dan kuah hampir pekat.