DAGING MASAK DINDING
Daging Masak Dinding |
DAGING MASAK DINDING
Daging Masak Dinding
BAHAN500g daging pejal dihiris 1cm tebal
2 camca besar kicap pekat
1/2 cawan minyak masak
BAHAN A
3cm kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 biji buah pelaga
BAHAN B
300g bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
4 camca besar biji ketumbar
1 paket tumisan rendang
BAHAN C
500ml air
2 camca besar air asam jawa cair (secukup rasa)
3 camca besar kicap pekat
1 ketul kiub pati ayam
2 camca besar gula (secukup rasa)
PENYEDIAAN
1. Perap daging dengan kicap pekat selama 1/2 jam.
2. Kemudian goreng daging dalam minyak panas hingga masak; tuskan.
3. Titik sedikit daging semasa masih panas; ketepikan.
4. Kisar bahan B.
5. Panaskan semula minyak dan tumis bahan A dan B hingga wangi.
6. Masukkan bahan C dan daging.
7. Masak di atas api yang perlahan hingga daging lembut dan kuah hampir pekat.
Comments
Post a Comment